Persoalan ini selalu bermain di minda kita ketika menghadapi masalah, dugaan dan malapetaka.... Tetapi tahukah anda, soalan2 itu telah dijawab oleh Allah dalam Al-quran......
1- KENAPA AKU SERING DIUJI ?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)
2- KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN ?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu, sesungguhnya Allah amat mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui... (Al-Baqarah: 216)
3- KENAPA AKU DIUJI DENGAN UJIAN SEBERAT INI ?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarah: 286)
4- BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI UJIAN INI ?
Wahai orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan) dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (dimedan perjuangan) dan bersedialah serta bertawakallah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)
(Al-Imran: 200)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah: 45)
5- APA YANG BOLEH AKU DAPATKAN DARIPADA SEMUA INI ?
Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka. (Al-Taubah: 111)



No comments:
Post a Comment