Saturday, 22 September 2012

DIHARI KONSERT ANAKKU






pagi-pagi dah dikejutkan oleh anakku.. ajak pergi mekap kat kedai... sbb nak nampak princess katanye... so ku turutkan je.. sbb kat umah pun tiada alat mekap..

 beginilah setelah dimekap oleh juru mekap.. bedak nye mak aii tebal mcm pengantin... juru mekap pengantinlah katakan.. jalan pun mcm robot.. hehehehe..

   sewaktu di pentas....  tajuk lagu 'KEBUN BUNGAKU' ... kelakar dan mencuit hati semua orang .. dgn tarian mereka...
    akhir sekali dpt hadiah dlm penghasilan Kad Hari Guru... saguhati.. alhamdulillah





                                                   yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Tuesday, 10 July 2012

KATA-KATA HIKMAH 4

RUMAH DISYURGA

Daripada Uthman bin Affan r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
   " Sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga." ( Riwayat Muslim)

PEWARIS PARA NABI

Daripada Abu Darda r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :\
      " Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
      ( Riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majahdan Ibn Hibban )

KURANG KETAWA

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
     " Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis. " ( Riwayat Al-Bukhari )    

 

Sunday, 24 June 2012

PUTERI KECIL KU

pejam celik pejam celik dah besar puteri ku ini..
pelbagai dugaan telah kami tempuhi... dan inilah yang diwarnakan.. tidak ku sangka boleh bercerita dalam bahasa inggeris pula.. kalau dirumah susah sungguh utk menghafal.. tapi alhamdulillah dari tunjuk ajar duru tadika itu

 waktu kecil dulu ada dibelikan tudung.. lepas tu hilang entah kemana.. hehe.. sekarang kena jinak2 kan nya semula..
 
 bergaya dengan skaf siti.. hehehe


 inilah hadiah yang diperolehinya selepas pertandingan story telling... tempat kelima dari 10 orang.. alhamdulillah..

bergambar bersama-sama guru dan rakan2 perjuangan.. hehehe



Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya ....Hadis sahih riwayat Muslim...

Tuesday, 22 May 2012

GAMBAR KENANGAN_3

  Sesuatu yang bermula, pasti akan berakhir...walaupun pada mulanye, malu-malu belaka.. tapi bila dah berakhir, kemesraan terjalin.. mesra... begitulah adat kita sebagai manusia di bumi ALLAH s.w.t.. Inilah adalah gambar kenangan bersama di akhir latihan...




   Bergambar dengan En. Helmy... wow pelukan manja dari AZLAN.. haaa ada apa-apa ke.. just kiding..




     Ini pula bersama dua orang lama JVC.. En Abd Musa dan Leftenan Adnan.. hehe

 Wah gambar ini sengaja letak besar.. boleh pilih jejaka hensem mane pilihan hati... lalalala


Last call punya gambar.. sebenarnye banyak gambar-gambar lain lg.. tp takut tiada keizinan dari diaorg.. so saya poskan apa yang saya fikir boleh.. jgn marah ye.. Semoga mereka bertiga dapat menjadikan pengalaman di JVC sebagai pengalaman yang berguna pada masa akan datang..

Kata-kata terakhir buat tiga insan ini.. Mohd Azwan, Mohn Azlan dan Mohd Zanurin.. terima kasih dari warga JVC kerana menolong kami dalam semua agenda... SELAMAT MAJU JAYA dalam bidang yang diceburi...

Thursday, 17 May 2012

GAMBAR KENANGAN_2

AS'SALAMMUALAIKUM SEMUA...

apa khabar? hari nie saya akan pose kan gambar ketika melawat seorang sahabat di H.T.A.R..

sempat bergambar lagi tu.. hehehehe


MALU-MALU pulak abg 2 orang nie...  wow makan sup ketam nyam-nyam... sedapnya..


kesian dia... nak makan pun tak sempat.. dia orang asyik bergambar je.. hehehe.. i join juga... hahaha


kami semua doakan semoga sembuh cepat.. AMIN ....

Monday, 7 May 2012

KATA-KATA HIKMAH_3

TIPU DAYA DUNIA

Daripada Qatadah bin Nu'man, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

" Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia(daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)."  (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

PENYEBAR FITNAH

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

" Tidak masuk syurga orang yang mengacum (menyebar fitnah)."  (Riwayat Muslim)


LARANGAN MENAKUT-NAKUTKAN 


Daripada sebahagian sahabat r.a., Nabi bersabda yang bermaksud;


" Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain." (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

JALAN TERPILIH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

" Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 

Saturday, 5 May 2012

KATA-KATA HKMAH_2

> Indahnya kemenangan akan menghapuskan getirnya kesabaran, nikmatnya kemenangan akan menghapuskan semua keletihan dan kerja yang cermat akan menghapuskan rintangan yang akan dihadapi.

> Orang yang bahagia adalah orang yang boleh mengambil pengajaran daripada hari kelmarin, menghalang dan mengawasi terhadap diri sendiri, menyiapkan diri untuk kehidupan kubur...

> Jangan  menganggap kecil suatu nikmat  bersama kesihatan yang ada, jangan menghapuskan  dosa tanpa diiringi taubat, dan jangan melakukan ketaatan tanpa diiringi keikhlasan...

> Anda cemas kerana rezeki esok hari, tapi siapa yang dapat menjamin datangnya hari esok? Anda bersedih kerana yang terjadi kelmarin, tetapi siapakah yang mampu mengembalikan  hari kelmarin..
 

Friday, 4 May 2012

MAKAN BERSAMA

Rabu lepas warga JVC dapat makan free... MD belanja lah katakan... seronok duaronok kami sekelian.. menu utama nasik hujan panas ( kebetulan memang hujan selebat-lebatnye).. hehehehe... lauk dalca, sayur nenas dan ayam rendang.. best juga makan ramai2.. nie dia gambar kenangan pada hari tersebut..


Haaa nie lah lauknye.. kalau ikut badan memang tak cukup.. hehehe


Nie desert nye... nyam.. nyam.. cornetto.. yehaaaa


berposing sebelum melantak hehehe



 tuuu dia habis licin dikerjakan.. hahaha.. lain kali MD selalu-selalu lah belanja makan lg.. hehehe



Tuesday, 1 May 2012

KATA-KATA HIKMAH.. JADILAH ORANG YANG PALING BAHAGIA

> Buku adalah sahabat yang terbaik, berdampinglah dengan buku. bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan makrifah (pengetahuan).

> Ketahuilah, bahawa anda bukanlah salah satunya orang yang mendapat musibah. Tiada seorang pun didunia yang bebas daripada  kesedihan dan luput daripada kesusahan.

> Maniskanlah wajah anda kepada sesiapa saja, nescaya anda akan mendapatkan kasih sayang mereka. Haluskan tutur kata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Tawaduk terhadap  mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Saturday, 28 April 2012

JANGAN BERSEDIH KERANA KESULITAN MENCARI REZEKI

Sesungguhnya yang memberi rezeki itu adalah Allah s.w.t. Seluruh rezeki itu berada di sisiNYA dan dia telah mengatur semuanye...

Jika yang memberi rezeki itu adalah Allah, maka mengapa masih ada manusia yang menyanjung dan merendahkan diri dihadapan orang lain kerana ingin memperolehi rezeki dari sesama manusia...

Allah s.w.t berfirman

Dan tidak ada suatu binatang melata pun dimuka bumi melainkan Allah lah yang memberi rezekinya...
(Hud: 6)

Dalam firman Nya yang lain

Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa sahaja yang Allah tahan, maka tidak ada seorang pun sanggup untuk melepaskannya sesudah itu... (Fathir:2)

Wednesday, 25 April 2012

GAMBAR KENANGAN....

Pelbagai gelagat dari sahabat-sahabatku untuk menghabiskan tugasan yg diberi


Ada yg kepenatan memotong besi... Ada yg mencari pasangan untuk penyambung besii... dan ada yg bersadar setelah siap memasang.. hehehe... maaf tak dapat menolong hari nie...


Inilah separuh siap hasil tugasan itu.... Alhamdulillah hampir nak siap....


Itu dia Pak Haji Musa memilih besi... pilih wak, jangan tak pilih... terima kasih juga kepada 3 anak buah dari POLISAS.. mereka banyak membantu.. mungkin lepas nie tak dpt lg pengalaman untuk memotong besi lg... hehehehe

Saturday, 21 April 2012

KENAPA AKU....?

Persoalan ini selalu bermain di minda kita ketika menghadapi masalah, dugaan dan malapetaka.... Tetapi tahukah anda, soalan2 itu telah dijawab oleh Allah dalam Al-quran......

1- KENAPA AKU SERING DIUJI ?

   " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)

2- KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN ?

  Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu, sesungguhnya Allah amat mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui... (Al-Baqarah: 216)

3- KENAPA AKU DIUJI DENGAN UJIAN SEBERAT INI ?

  Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarah: 286)

4- BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI UJIAN INI ?

  Wahai orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan) dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (dimedan perjuangan) dan bersedialah serta bertawakallah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) 
(Al-Imran: 200)

   Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk  (Al-Baqarah: 45)

5- APA YANG BOLEH AKU DAPATKAN DARIPADA SEMUA INI ?

   Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka. (Al-Taubah: 111)

 




JANGAN BERSEDIH BILA SESEORANG MENYAKITI ANDA

Rasulullah s.a.w bersabda :-

Ketahuilah, bahawa pertolongan itu datang sesudah kesulitan, dan kemudahan datang sesudah kesulitan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan bertawakallah kamu kepada Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati... (Al-Furqan: 58)

Al-Husain bin Mathir Al-Asadi berkata :

Bila Allah memudahkan urusan
tentu semua menjadi mudah
yang keras menjadi lembut
yang sukar menjadi senang.
Berapa banyak orang tamak
yang tidak boleh memenuhi keperluannya
berapa pula masa mendatangkan berita gembira.
Berapa banyak penakut
menjadi menakutkan dan mengerikan
berapa banyak orang yang hemah menjadi kaya
dan berapa banyak peristiwa manis
menjadi pahit.
Sungguh dunia menipu
orang kaya boleh jadi fakir
sedang orang fakir dijadikan kaya
setelah melalui kesulitan.
Dan berapa banyak yang kita telah saksikan
orang yang hidup dalam kekotoran,
sedangkan yang lain menjadi suci
setelah membersihkan kotorannya....


JANGANLAH BERSEDIH JIKA ANDA MASIH MENJAGA KEBAIKAN

Seorang penyair berkata :-

Seolah kau menemukan mutiara dalam buku
Kau menjadi tahu bahawa yang haram
tidaklah halal bagimu.
Bila musim dingin tiba, kaulah matahari
dan bila musim panas datang
kaulah tempat berteduh.
Kau tidak pernah mengetahui
harta yang kau infaqkan
apakah banyak atau sedikit.
Kau menerima balasan dari orang sekitarmu
atas setiap kebaikan yang kau lakukan.
Kaulah sang pahlawan terhormat dan termulia.
Bila kami berpapasan denganmu
kami lihat cahaya diwajahmu
bagai seorang penakut mendapat suluh
di tengah malam.
Mengingatimu dalam setiap waktu
memberikan kami petunjuk ke jalan baik
dan menyebut namamu berulang kali
tidak membosankan.
Kami rela mergorbankan jiwa kami
dengan segala derita
laksana jama'ah haji sedang bertahallul.

Umar B Al-Khaththab r.a pernah mengatakan:- Sebaik-baik kehidupan yang kami alami adalah dengan kesabaran. Seandainya kesabaran itu seorang lelaki, pastilah dia seorang yang terhormat.

Wednesday, 11 April 2012

JANGAN BERSEDIH, PILIHAN ALLAH s.w.t ADALAH YG TERBAIK

JANGAN BERSEDIH, PILIHAN ALLAH s.w.t ADALAH YG TERBAIK

Bangunlah . jika DIA mengkehendaki anda berdiri dan duduklah jika DIA menyuruh anda duduk! Bersabarlah ketika Allah s.w.t menjadikan amda seorang fakir, dan bersyukurlah manakala DIA menjadikan anda orang yang kaya. Itulah yang harus anda lakukan.

Seorang penyair menyatakan :

Janganlah mengatur sesuatu masalah
yang ada padamu...
Orang yang mengatur akhirnya akan binasa..
Redhalah dengan apa yg KAMI berikan
kerana KAMI
adalah sebaik-baik pengatur segalanya.. 


Tuesday, 10 April 2012

JANGAN BERSEDIH


JUDUL BUKU    : JANGAN BERSEDIH SIRI 1
KELUARAN       : AL-HIDAYAH
DITULIS OLEH  : Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni
DITERJEMAH    : Noraine Abu


Buku ini adalah hasil kajian penulis. yg cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. permasalan yg timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lg.
Saya sebagai salah seorg pembacanya, amat menyukai pengolahan penceritaan yg ingin disampaikan. Gaya penceritaannya, ada yg diambil dari hadis, dari puisi2 arab dan dari surah2 al-quran. Buku ini mempunyai 108 subtajuk kecil yg menarik. Saya tertarik kepada beberapa subtajuk yg diutarakan.. cth: JGN BERSEDIH, JIKA MENDENGAR KATA2 KASAR, KERANA KEDENGKIAN ITU SUDAH ADA SEJAK DAHULU.... didalam tajuk ini :-
Al-Mutanabbi menyatakan :

Angan-angan seorang pemuda
adalah bagaimana hidup dua kali
Keinginannya adalah
bagaimana mencari kekuatan fizik
dan keutamaan hidup baginya
adalah sibuk dengansegala aktivitinya.

Seorang ulama masa kini mengatakan: " kepada mereka yg sangat sensitif terhadap sebarang kritikan disarankan agar mereka menuangkan sesuatu yg dingin ke dalam urat sarafnya ketika menghadapi kritikan yg zalim lagi jahat."  

Walaupun maknanya berkias2 tp ia mampu membuat kita berfikir apa yang cuba ingin disampaikan. sekian sahaja. selamat membeli buku ini dan membaca nye dgn hati yang lapang. moga-moga kita ia dapat dijadikan penawar dan ilmu untuk menghadapi ujian dunia..