RUMAH DISYURGA
Daripada Uthman bin Affan r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga." ( Riwayat Muslim)
PEWARIS PARA NABI
Daripada Abu Darda r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :\
" Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
( Riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majahdan Ibn Hibban )
KURANG KETAWA
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis. " ( Riwayat Al-Bukhari )



No comments:
Post a Comment