Tuesday, 22 May 2012

GAMBAR KENANGAN_3

  Sesuatu yang bermula, pasti akan berakhir...walaupun pada mulanye, malu-malu belaka.. tapi bila dah berakhir, kemesraan terjalin.. mesra... begitulah adat kita sebagai manusia di bumi ALLAH s.w.t.. Inilah adalah gambar kenangan bersama di akhir latihan...




   Bergambar dengan En. Helmy... wow pelukan manja dari AZLAN.. haaa ada apa-apa ke.. just kiding..




     Ini pula bersama dua orang lama JVC.. En Abd Musa dan Leftenan Adnan.. hehe

 Wah gambar ini sengaja letak besar.. boleh pilih jejaka hensem mane pilihan hati... lalalala


Last call punya gambar.. sebenarnye banyak gambar-gambar lain lg.. tp takut tiada keizinan dari diaorg.. so saya poskan apa yang saya fikir boleh.. jgn marah ye.. Semoga mereka bertiga dapat menjadikan pengalaman di JVC sebagai pengalaman yang berguna pada masa akan datang..

Kata-kata terakhir buat tiga insan ini.. Mohd Azwan, Mohn Azlan dan Mohd Zanurin.. terima kasih dari warga JVC kerana menolong kami dalam semua agenda... SELAMAT MAJU JAYA dalam bidang yang diceburi...

Thursday, 17 May 2012

GAMBAR KENANGAN_2

AS'SALAMMUALAIKUM SEMUA...

apa khabar? hari nie saya akan pose kan gambar ketika melawat seorang sahabat di H.T.A.R..

sempat bergambar lagi tu.. hehehehe


MALU-MALU pulak abg 2 orang nie...  wow makan sup ketam nyam-nyam... sedapnya..


kesian dia... nak makan pun tak sempat.. dia orang asyik bergambar je.. hehehe.. i join juga... hahaha


kami semua doakan semoga sembuh cepat.. AMIN ....

Monday, 7 May 2012

KATA-KATA HIKMAH_3

TIPU DAYA DUNIA

Daripada Qatadah bin Nu'man, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

" Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia(daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)."  (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

PENYEBAR FITNAH

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

" Tidak masuk syurga orang yang mengacum (menyebar fitnah)."  (Riwayat Muslim)


LARANGAN MENAKUT-NAKUTKAN 


Daripada sebahagian sahabat r.a., Nabi bersabda yang bermaksud;


" Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain." (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

JALAN TERPILIH

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

" Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 

Saturday, 5 May 2012

KATA-KATA HKMAH_2

> Indahnya kemenangan akan menghapuskan getirnya kesabaran, nikmatnya kemenangan akan menghapuskan semua keletihan dan kerja yang cermat akan menghapuskan rintangan yang akan dihadapi.

> Orang yang bahagia adalah orang yang boleh mengambil pengajaran daripada hari kelmarin, menghalang dan mengawasi terhadap diri sendiri, menyiapkan diri untuk kehidupan kubur...

> Jangan  menganggap kecil suatu nikmat  bersama kesihatan yang ada, jangan menghapuskan  dosa tanpa diiringi taubat, dan jangan melakukan ketaatan tanpa diiringi keikhlasan...

> Anda cemas kerana rezeki esok hari, tapi siapa yang dapat menjamin datangnya hari esok? Anda bersedih kerana yang terjadi kelmarin, tetapi siapakah yang mampu mengembalikan  hari kelmarin..
 

Friday, 4 May 2012

MAKAN BERSAMA

Rabu lepas warga JVC dapat makan free... MD belanja lah katakan... seronok duaronok kami sekelian.. menu utama nasik hujan panas ( kebetulan memang hujan selebat-lebatnye).. hehehehe... lauk dalca, sayur nenas dan ayam rendang.. best juga makan ramai2.. nie dia gambar kenangan pada hari tersebut..


Haaa nie lah lauknye.. kalau ikut badan memang tak cukup.. hehehe


Nie desert nye... nyam.. nyam.. cornetto.. yehaaaa


berposing sebelum melantak hehehe



 tuuu dia habis licin dikerjakan.. hahaha.. lain kali MD selalu-selalu lah belanja makan lg.. hehehe



Tuesday, 1 May 2012

KATA-KATA HIKMAH.. JADILAH ORANG YANG PALING BAHAGIA

> Buku adalah sahabat yang terbaik, berdampinglah dengan buku. bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan makrifah (pengetahuan).

> Ketahuilah, bahawa anda bukanlah salah satunya orang yang mendapat musibah. Tiada seorang pun didunia yang bebas daripada  kesedihan dan luput daripada kesusahan.

> Maniskanlah wajah anda kepada sesiapa saja, nescaya anda akan mendapatkan kasih sayang mereka. Haluskan tutur kata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Tawaduk terhadap  mereka, pasti mereka akan menghormati anda.