Daripada Qatadah bin Nu'man, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
" Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia(daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)." (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
PENYEBAR FITNAH
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
" Tidak masuk syurga orang yang mengacum (menyebar fitnah)." (Riwayat Muslim)
LARANGAN MENAKUT-NAKUTKAN
Daripada sebahagian sahabat r.a., Nabi bersabda yang bermaksud;
" Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain." (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
JALAN TERPILIH
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
" Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



No comments:
Post a Comment