Ketahuilah bahawa sifat-sifat yang disebut diatas ialah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat. Jika engkau mengumpat, membuat fitnah diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar-kacir dan huru hara. Allah s.w.t berfirman dgn maksudnye :-
"... dan perbuatan fitnah itu lebih dahsyat kesannya dari
perbuatan membunuh.."
(Surah al-Baqarah:ayat 191)
Kita mengakui setiap insan itu mempunyai keaiban dan kesalahan yg telah dilakukannya. Maka keaiban itu tidaklah patut dihebah-hebahkan, kerana ia boleh mencemar nama baik seseorang..
Allah swt telah berfirman.. ertinya:
" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan
buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah drpd dosa,
janganlah kamu mengintai dan jangan mencerca, setengah
kamu akan setengah yang lain. Apakah kamu suka memakan
daging saudara kamu yang telah mati? nescaya kamu
menolaknya. Hendaklah kamu takut kepada Allah swt.
Bahawasanya Allah itu Penerima taubat ".
(Surah al-Hujurat: Ayat 12)



No comments:
Post a Comment