kita memang tidak tahu bila.... adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama' adalah benar dan wujud..
Imam Ghazali rahimahullah, memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian.. Beliau menyediakan persiapan termasuk mandinya, wuduknya, serta kafan sekali, cuma bahagian tubuh dan kepalanya sahaja diminta bantuan abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut..
Semua ini akan berlaku kepada orang Islam sahaja.. kerana bagi orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan.. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:-
TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka secara sedar atau tidak sengaja.. Tanda ini lazimnya berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.. contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih. daging tersebut seakan-akan bergetar..
TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga berlaku lepas asar. bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan membuat persediaan keatas kita. Antaranya mengikut kita sepanjang masa dan akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu..
TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk mereka..
TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Kita tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita..ketika ini juga mata hitam tidak lagi bersinar, hidung akan jatuh perlahan-lahan dan ini dapat dikesan melalui sisi, Telinga akan layu dibahagian hujungnya dan akan beransur-ansur masuk kedlm, Tapak kaki yg terlunjur akan jatuh kehadapan dan sukar ditegakkan..
TANDA 1 HARI SEBELUM KEMATIAN
Akan berlaku selepas asar, dimana kita akan merasakan denyutan disebelah iaitu dikawasan ubun-ubun. Ini bermakna kita tidak akan berjumpa asar keesokannya..
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik kembali ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah terus mengucapkan kalimah syahadah dan menanti kedatangan malaikat sakaratul maut menjemput kita..
begitulah tanda-tandanye.. maaf jika ada tersalah tulis.. semoga sebagai pedoman shj



No comments:
Post a Comment